Thursday, May 24, 2012

Lucky Instant Noodle (Halal Berperisa Babi)

Photobucket
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menjalankan siasatan mengenai penjualan mi segera berperisa babi yang mempunyai tanda halal di negara itu.  Berita Harian yang melaporkan kenyataan Muis berkata bahawa produk berasal dari Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam itu didakwa pengeluarnya memperoleh sijil halal daripada pihak penguasa Islam di negara itu. Pihak berkuasa agama itu juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.



Muis pertama kali menerima e-mel mengenai hal itu kelmarin dan membalas kepada pengirimnya dengan berkata bahawa Muis sudah memulakan siasatan membabitkan perkara berkenaan. 

Kelmarin, Berita Harian berkenaan melalui halaman Forum surat kiriman seorang pembaca, menyiarkan aduan Amir Amin, mengenai perkara yang sama. 

Pembaca terbabit menceritakan pengalaman beliau terjumpa mi segera jenama Lucky Instant Noodle berperisa babi tetapi memiliki label halal di sebuah pasar raya di Woodlands. 

Selepas dimaklumkan, pasar raya terbabit segera menarik balik produk berkenaan, kata Amir. – Agensi 

No comments:

Post a Comment