Friday, March 16, 2012

Sijil halal: Mulai 1 Julai, Jakim kuatkuasa penjara


Mulai 1 Julai ini, pengusaha yang gagal mempamerkan sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berdepan hukuman denda dan penjara.
    
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff berkata jabatan itu akan melakukan pemantauan di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Kami akan membuat lawatan operasi di setiap premis mulai 31 Mac sebagai langkah pendidikan untuk pastikan setiap premis perniagaan mempunyai sijil halal dan tidak hanya mempamerlan logo halal sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.
    
Beliau berkata hanya sijil dan logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan diiktiraf.
    
"Sijil halal yang dikeluarkan pihak swasta tidak diiktiraf dan akan dikenakan tindakan. Semua ini termaktub di bawah Seksyen 16 Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011," katanya.

Hakimah berkata sehingga Februari lalu, sebanyak 1,420 permohonan sijil halal telah diterima.

- Bernama

Thursday, February 2, 2012

Coca-Cola HARAM

 

resepi formula ramuan coke alkohol
Resepi kandungan yang terdapat pada air coke didedahkan buat pertama kalinya oleh suratkhbar luar negara iaitu The Times Network. Melihat pada keratan akhbar tersebut (rujuk gambar), terdapat sedikit alkohol iaitu sebanyak 8 oz digunakan untuk membuat air coke.
Walaubagaimanapun air coke yang mempunyai kandungan alkohol tersebut mungkin hanya dijual di US dan UK atau negara bukan Islam yang lain. Bagi negara Islam pula, air coke yang dijual tidak mempunyai kandungan alkohol. Ini dapat dibuktikan kerana air coke yang dijual di Malaysia mempunyai sijil halal daripada JAKIM.

Tuesday, November 29, 2011

Definition

Halal (Arabic: حلال‎ ḥalāl, "lawful") is a term designating any object or an action which is permissible to use or engage in, according to Islamic law. The term is used to designate food seen as permissible according to Islamic law (Sharia, الشريعة الإسلامية). The opposite of this word is haraam.